Pinjaman pengajian pelajar ditanggung oleh MARA atau PTPTN. Sesetengah pelajar mereka dibiayai oleh dana amanah majlis agama negeri, pinjaman kerajaan negeri dan sebagainya.
Dari rekod kira-kira 80-85% siswa/siswi di UNITI dibiayai oleh penaja yang tersebut di atas. Oleh yang demikian, selepas tamat pengajian pelajar wajib melunaskan hutang dengan penaja pinjaman masing masing. Biarpun tiada lagi konsep biasiswa ditawarkan sebagaimana zaman 80-an dahulu, peluang pelajar untuk memperolehi pelepasan hutang dari penaja masih ada. Penaja seperti MARA ada menawarkan konsep ‘pinjaman boleh ubah’ di mana mana-mana pelajar yang cemerlang akademiknya boleh memohon dengan pejabat MARA untuk ditukar status pinjaman ke biasiswa penuh.
Cemerlang di sini bermaksud pelajar memperolehi PNGK akhir setinggi 3.6 dan ke atas (tahap mumtaz). Setelah diluluskan oleh pejabat MARA, pelajar akan dilepaskan dari tanggungan hutang 100%.