![Picture](/uploads/3/7/4/8/37483169/1539515.jpg?310)
Buat masa ini, Kolej UNITI menawarkan dua peringkat pengajian iaitu peringkat diploma dan ijazah.
Bagi diploma ia terbahagi kepada dua. Pertama, program diploma yang dibangunkan Kolej UNITI. Program dalaman ini meliputi pengajian Islam (syariah dan usuludin), pengurusan perniagaan, perakaunan, pengurusan muamalat, bahasa Arab, pendidikan pra sekolah, dan computer networking. Terdapat juga dua program yang dibangunkan secara usahasama dengan Pergaminelli Design Accademia (PDA) iaitu Graphic Design dan Product Design. Program berasaskan kreativiti dan inovasi ini adalah unik kerana mendapat sentuhan Itali.
Bagi program kedua pula, ia merupakan program diploma secara usahasama atau kerjasama dengan IPTA. Kerjasama strategik dengan IPTA telah terjalin lama bermula awal tahun 2000-an lagi iaitu dengan UiTM (Diploma Sains Komputer, Diploma Pengajian Perniaan dan Diploma Perakaunan) dan UPM (Diploma Kejuruteraan Teknologi Multimedia).
Manakala peringkat ijazah pula Kolej UNITI menawarkan program Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak UNITAR – iaitu satu jenama besar IPTS di Malaysia. Program ini merupakan laluan mudah bagi graduan Diploma Pendidikan Pra Sekolah KU, selain peluang yang terbuka luas di IPTA seperti UPSI, UMS, USM, UKM dan sebagainya.